Tugasan temuramah ini saya
lakukan melalui ayah saya kerana saya tidak pulang ke kampung halaman pada hari
raya Aidil Adha yang lalu. Ibu saya menginterview seorang warga kampung yang
berusia 66 tahun bernama Ismail bin Jantan atau biasa dipanggil oleh warga
kampung dengan panggilan Pakcik Mail. Pakcik Mail ialah kerabat ayah saya yang
tinggal di desa Kampong Tengah, kelurahan Rimba Sekampung, Kecamatan Bengkalis.
Ia adalah seorang pengurus masjid yang ada didekat kampung kami. Interview yang
dilakukan oleh ibu saya hanya berlangsung 8 minit kerana pada masa itu pakcik
Mail hendak pergi ke mesjid untuk melaksanakan sholat Ashar. Berikut transkrip
dialog antara ibu saya dan pakcik Mail.
T : Sebelumnya pak saya mohon maaf mungkin
kedatangan saya kemari agak mengganggu sebentar. Apa kabar pak?
J : Baik, apa hal ni datang kemari?
T : Kalau boleh saya tau siapa nama bapak?
J : Nama saya Ini orang panggil saya ismail
bin jantan.
T : Sudah berapa lama bapak tinggal di Bengkalis
ini?
J : Sudah lama juga, sejak lahir sampai sekarang
saya masih tinggal di Bengkalis ni.
T : Kira-kira berapa umur bapak sekarang?
J : Kalau tak salah kurang lebih umur saya
nak masuk 66 thn
T : Kalau bgitu sudah lama bpk tinggal di Bengkalis
ni. Saya nak tanya sikit ni, boleh tak?
J : Boleh, apa salahnya? Silakan.
T : Begini pak, kan sudah lama bapak tinggal
disini, boleh tidak bapak terangkan persekitaran kita sekarang ini dibandingkan
dengan yang dulu? Macam mana, pak? adaa tidak perubahan?
J : Kalau kita bandingkan yang dulu dengan sekarang,
sudah banyak perubahan dan kmajuan yang kita rasakan, baik dr segi pendidikan,
budaya, sosial, ekonomi, dan lain-lain. Kalau dulu kita nak kemana-mana susah.
Nak kerja susah, budak-budak nak mengaji
susah, nak sekolah pun susah. Kalau sekarang sudah tak kesah lagi.
T : Kenapa pula macam tu pak?
J : Iyolah, kalau dlu budak nak ngaji malam
lampu penerangan tak adao, budak nak pergi sekolah tu susah. Sudah sekolah tu
jauh, jalan pun tak elok, masih jalan tanah lagi masih untung hari tak ujan. Kalau
musim ujan datang , jalan-jalan bukan
main parah, semua terendam air. Tapi sekarang syukur alhamdulillah semua ny sudah
bagus. Jala-jalan semua sudah bgus. Sudah tak kesah lagi. Lampu elektrik pun sudah
ada. Jd budak-budak pun nak mengaji nak belajar sudah senang, sudah terang
benderang. Sudah tak payah lagi susah-susah nak mencari minyak lampu tu.
T : Oh, begitu.. jadi Bengkalis ni kalau
musim hujan selalu lah banjir?
J: Iya,
tapi tak lah sampai teremdam rumah tu. Biasanya Biasa sajalah. Hanya jalan yang
terendam
T : Jadi kalau sekarang sudah mudahlah
semua?
J : Sekarang ini syukur alhamdulillah,
semuanya sudah tak ada lagi sudah, semenjak semua parit sudah di semen dan
sungai-sungai sudah di bersihkan jadi air sudah mudah mengalir dah, sudah tak
bertakung lagi.
T : Bagaimana pula dengan jalan-jalan
didaerah kita ni pak?
J : Itulah sudah saya katakan tadai.
Sekarang jalan sudah bagus semua. Kalau dulu tu jalan masih kecil. Sekarang
sudah dilebarkan, sudah dikasi semen, sudah di aspal. Jadi kalau nak
kemana-mana semuanya sudah mudah. Kereta dari kecil ke besar semuanya sudah boleh
lewat.
T : Bagaimana dengan perhubungan dari daerah
kita ketempat lain?
J : Itu sudah bagus. Sudah lengkap. Kalau
dulu kita mau ke pekan baru pun susah. Mau kesana atau pin mengirim barang
susah. Tapi sekarang sudah mudah. Sekarang kita sudah adaa fery penyeberangan,
itu dengan kereta sekali boleh menyeberang. Kalau dulu cuma pakai kapal saja.
kereta tak boleh bawa. Yang lain tidak boleh bawa. Hanya boleh bawa
barang-barang kecil sahaja. Malah sekarang ini kita mau ke Malaysia pun mudah.
Kita sudah punya pelabuhan kapal fery ke Malaysia. Dalam waktu 2 jam kita sudah
sampai ke malaka. Pergi pagi petang boleh balik Bengkalis lagi. Yang penting
dokumen kita harus lengkap. Kita pun sudah mudah berjumpa dengan famili yang
disana.
T : Jadi saudara bapak banyak di Malaysia?
J : Adaa banyak, mereka pun sudah jadi warga
negara sana.
T : Jadi bapak ini turunan orang melayu
juga?
J : Betul, rata-rata orang Bengkalis adaalah
turunan orang melayu. Semua. Ada juga yang lain seperti orang jawa, minang,
cina, dan lain-lain lagi.
T : Jadi bagaimana bermasyarakat orang
disini?
J : Kita disini bermasyarakat biasa-biasa
saja. Sama-sama menghormati satu dengan yang lain. Tidak ada pergadauhan.
Selama saya hidup disini semua hidup rukun dan damai. antara satu dengan yang
lain, semuanya damai. Malah kita didaerah Bengkalis khususnya saling tolong
menolong satu sama lain. Walaupun kita disini berlainan suku dan berbeda agama
tapi tetap bersatu.
T : Hebat kalau begitu, bak kata pepatah
melayu berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
J : Betul tu.
T : Baiklah pak, rasanya masih banyak yang
masih mau saya tanyakan. Tapi waktu
semacam tidak mengizinkan nak berbincang lebih banyak lagi. lagipun mungkin
bapak nak sholat. Jadi biarlah saya cukupkan pertanyaan saya disini. Lain kali
kita kalau ada waktu kita boleh berjumpa lagi.
J: Boleh, saya tunggu awak datang.
T : Sekali lagi terimakasih.
J : Iya , kita sama-sama membantu.
Berikut adalah link untuk rekaman suara interview
PERSEKITARAN.amr
Berikut adalah link untuk rekaman suara interview
No comments:
Post a Comment