Kolej Keris Mas atau lebih
dikenal sebagai KKM ialah kolej yang terletak disisi sudut Universiti
Kebangsaan Malaysia. Kolej Keris Mas merupakan Kolej terbesar di UKM. KKM
Pempunyai 7 Blok kediaman siswa iaitu blok 8, 9, 10,11,12,13, dan 14. 2 blok
untuk siswa lelaki (8 dan 9) dan 5 blok untuk siswa wanita (10, 11, 12, 13 ,
dan 14).
Bilik kediaman saya ialah
KA12-304 (blok 12 bilik 304). Blok 12 berlokasi setelah blok 10 dan 11, dan
sebelum blok 14. Blok ini merupakan blok yang paling sering disinggahi oleh
penghuni wanita blok-blok yang lain kerana di aras 3 blok ini terdapat sebuah
kedai kecil yang menyediakan pelbagai macam keperluan mulai dari makanan ringan
sampai sabun cuci. Bahkan kedai kecil yang sering dipanggil K-Mart ini
menyediakan makanan berat seperti nasi lemak, nasi berlauk dan bermacam makanan
berat lainnya. Hal ini menyebabkan K-Mart Blok 12 menjadi perhentian pertama
saya jika ingin pergi menghadiri kelas untuk sekedar membeli air mineral atau
roti untuk sarapan.
Kedai K-Mart Blok 12
Perhentian selanjutnya ialah
bus stop Kolej Keris Mas. Terdapat 5 zon bas di UKM, iaitu Zon 2 (Kolej Pendeta
Za’ba), Zon 3 (Kolej Keris Mas), Zon 4 (Kolej Luar UKM), Zon 6Z/K (Stesen
Komuter UKM), dan Zon U (Fakulti Undang-Undang). Bus stop Kolej Keris Mas
merupakan perhentian pertama bas Zon 3, 6K, dan U di UKM. Dan merupakan
perhentian terakhir Zon 3.
Tampak Kolej Keris Mas dari depan bus stop Keris Mas
Saya biasa menunggu Bas Zon 3
untuk pergi kuliah. Bas Zon 3 berjalan setiap 30 minit sekali. Dan perhentian selanjutnya
ialah Bus Stop Kolej Rahim Kajai. Dari Kolej Keris Mas ke Kolej Rahim Kajai
berjarak kira-kira 1Km kerana bas Zon 3 bergerak melalui Danau UKM dan Puri
Pujangga.
Tampak Kolej Rahim Kajai dari bus stop Kolej Rahim Kajai
Selepas melewati bas stop Kolej
Rahim Kajai, Bas Zon 3 akan berjalan lurus terus menuju bas stop Kolej Dato’ Onn.
Jarak dari bas stop Kolej Rahim Kajai ke Kolej Dato’ Onn sangat dekat. Biasanya
hanya 2 minit perjalanan bas.
Tampak Kolej
Dato’ Onn dari bas stop Dato’ Onn
Selepas singgah dari bas stop
Kolej Dato’ Onn bas Zon 3 akan terus sampai ke bas stop Fakulti Sains Sosial
& Kemanusiaan. Bas stop FSSK merupakan perhentian terakhir saya untuk
menuju kelas.
No comments:
Post a Comment