Lucky Charms Rainbow

Pages

Blogger Widgets

Friday, 21 December 2012

TEMURAMAH DENGAN BAPAK ISMAIL BIN JANTAN - TUGASAN SKAD1273


Tugasan temuramah ini saya lakukan melalui ayah saya kerana saya tidak pulang ke kampung halaman pada hari raya Aidil Adha yang lalu. Ibu saya menginterview seorang warga kampung yang berusia 66 tahun bernama Ismail bin Jantan atau biasa dipanggil oleh warga kampung dengan panggilan Pakcik Mail. Pakcik Mail ialah kerabat ayah saya yang tinggal di desa Kampong Tengah, kelurahan Rimba Sekampung, Kecamatan Bengkalis. Ia adalah seorang pengurus masjid yang ada didekat kampung kami. Interview yang dilakukan oleh ibu saya hanya berlangsung 8 minit kerana pada masa itu pakcik Mail hendak pergi ke mesjid untuk melaksanakan sholat Ashar. Berikut transkrip dialog antara ibu saya dan pakcik Mail.


T :       Sebelumnya pak saya mohon maaf mungkin kedatangan saya kemari agak mengganggu sebentar. Apa kabar pak?

J :         Baik, apa hal ni datang kemari?

T :         Kalau boleh saya tau siapa nama bapak?

J :         Nama saya Ini orang panggil saya ismail bin jantan.

T :         Sudah berapa lama bapak tinggal di Bengkalis ini?

J :        Sudah lama juga, sejak lahir sampai sekarang saya masih tinggal di Bengkalis ni.

T :        Kira-kira berapa umur bapak sekarang?

J :        Kalau tak salah kurang lebih umur saya nak masuk 66 thn

T :      Kalau bgitu sudah lama bpk tinggal di Bengkalis ni. Saya nak tanya sikit ni, boleh tak?

J :        Boleh, apa salahnya? Silakan.

T :        Begini pak, kan sudah lama bapak tinggal disini, boleh tidak bapak terangkan persekitaran kita sekarang ini dibandingkan dengan yang dulu? Macam mana, pak? adaa tidak perubahan?

J :        Kalau kita bandingkan yang dulu dengan sekarang, sudah banyak perubahan dan kmajuan yang kita rasakan, baik dr segi pendidikan, budaya, sosial, ekonomi, dan lain-lain. Kalau dulu kita nak kemana-mana susah. Nak kerja susah, budak-budak  nak mengaji susah, nak sekolah pun susah. Kalau sekarang sudah tak kesah lagi.

T :        Kenapa pula macam tu pak?

J :        Iyolah, kalau dlu budak nak ngaji malam lampu penerangan tak adao, budak nak pergi sekolah tu susah. Sudah sekolah tu jauh, jalan pun tak elok, masih jalan tanah lagi masih untung hari tak ujan. Kalau musim  ujan datang , jalan-jalan bukan main parah, semua terendam air. Tapi sekarang syukur alhamdulillah semua ny sudah bagus. Jala-jalan semua sudah bgus. Sudah tak kesah lagi. Lampu elektrik pun sudah ada. Jd budak-budak pun nak mengaji nak belajar sudah senang, sudah terang benderang. Sudah tak payah lagi susah-susah nak mencari minyak lampu tu.

T :        Oh, begitu.. jadi Bengkalis ni kalau musim hujan selalu lah banjir?

 J:        Iya, tapi tak lah sampai teremdam rumah tu. Biasanya Biasa sajalah. Hanya jalan yang terendam

T :        Jadi kalau sekarang sudah mudahlah semua?

J :       Sekarang ini syukur alhamdulillah, semuanya sudah tak ada lagi sudah, semenjak semua parit sudah di semen dan sungai-sungai sudah di bersihkan jadi air sudah mudah mengalir dah, sudah tak bertakung lagi.

T :        Bagaimana pula dengan jalan-jalan didaerah kita ni pak?

J :        Itulah sudah saya katakan tadai. Sekarang jalan sudah bagus semua. Kalau dulu tu jalan masih kecil. Sekarang sudah dilebarkan, sudah dikasi semen, sudah di aspal. Jadi kalau nak kemana-mana semuanya sudah mudah. Kereta dari kecil ke besar semuanya sudah boleh lewat.

T :        Bagaimana dengan perhubungan dari daerah kita ketempat lain?

J :        Itu sudah bagus. Sudah lengkap. Kalau dulu kita mau ke pekan baru pun susah. Mau kesana atau pin mengirim barang susah. Tapi sekarang sudah mudah. Sekarang kita sudah adaa fery penyeberangan, itu dengan kereta sekali boleh menyeberang. Kalau dulu cuma pakai kapal saja. kereta tak boleh bawa. Yang lain tidak boleh bawa. Hanya boleh bawa barang-barang kecil sahaja. Malah sekarang ini kita mau ke Malaysia pun mudah. Kita sudah punya pelabuhan kapal fery ke Malaysia. Dalam waktu 2 jam kita sudah sampai ke malaka. Pergi pagi petang boleh balik Bengkalis lagi. Yang penting dokumen kita harus lengkap. Kita pun sudah mudah berjumpa dengan famili yang disana.

T :        Jadi saudara bapak banyak di Malaysia?

J :        Adaa banyak, mereka pun sudah jadi warga negara sana.

T :        Jadi bapak ini turunan orang melayu juga?

J :        Betul, rata-rata orang Bengkalis adaalah turunan orang melayu. Semua. Ada juga yang lain seperti orang jawa, minang, cina, dan lain-lain lagi.

T :        Jadi bagaimana bermasyarakat orang disini?

J :        Kita disini bermasyarakat biasa-biasa saja. Sama-sama menghormati satu dengan yang lain. Tidak ada pergadauhan. Selama saya hidup disini semua hidup rukun dan damai. antara satu dengan yang lain, semuanya damai. Malah kita didaerah Bengkalis khususnya saling tolong menolong satu sama lain. Walaupun kita disini berlainan suku dan berbeda agama tapi tetap bersatu.

T :        Hebat kalau begitu, bak kata pepatah melayu berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

J :        Betul tu.

T :        Baiklah pak, rasanya masih banyak yang masih mau saya tanyakan.  Tapi waktu semacam tidak mengizinkan nak berbincang lebih banyak lagi. lagipun mungkin bapak nak sholat. Jadi biarlah saya cukupkan pertanyaan saya disini. Lain kali kita kalau ada waktu kita boleh berjumpa lagi.

J:         Boleh, saya tunggu awak datang.

T :        Sekali lagi terimakasih.

J :        Iya , kita sama-sama membantu.

Berikut adalah link untuk rekaman suara interview
PERSEKITARAN.amr

Sunday, 16 December 2012

MEMORI SUSAH DIINGAT KETIKA BAYI - TUGASAN SKPD1053




Umumnya orang dewasa tidak boleh mengingat masa-masa apabila bayi secara keseluruhan. Hanya ada sedikit sekali yang menetap dalam memori otak, terutama pada hal yang punya makna penting seperti perceraian, berpisah dari orang tua, atau masalah trauma lain. Jika ditanya kenangan masa kecilnya, orang mungkin hanya bisa mengingat sedikit memori bahkan banyak yang sama sekali tidak ingat. Normalnya, seseorang memang tidak memiliki memori apapun tentang masa kecilnya. Namun itu bukan berarti kita tidak merekam informasi ketika masih bayi. Kebanyakan orang masih mengingat memori masa kecilnya paling tidak saat berusia 3 tahun. Segelintir orang bahkan hanya mengingat sedikit kenangannya saat berusia 3-7 tahun, meskipun ada album foto atau isyarat lain yang bisa memicu lebih banyak memori.
Pada otak manusia terdapat kawasan otak yang dipanggil hippocampus, fungsinya mengumpul dan menyambung semua kepingan memori jadi satu. Misalnya, memori suara diproses dalam korteks pendengaran yang terletak di sisi otak, sementara memori visual dikendalikan korteks visual yang terletak di bahagian belakang otak. Hippocampus, terselit sangat rapi di tengah otak, bertanggung jawab menarik semua memori bersama-sama dan mengikatnya. Ini diibaratkan seperti kita mengumpulkan tangkai-tangkai bunga dan merangkai jadi satu buket bunga. Itu juga satu alasan mengapa mimpi disebut bunga tidur. Menurut Patricia Bauer dari Emory University, Atlanta, "Jika anda merasa korteks merupakan bunga tidur, terdapat bunga di seluruh bahagian kepala anda." Jadi, mengapa seraya berkembang dewasa, seseorang tidak boleh merakam episod tertentu dalam hidupnya?
Walau semua memori dikumpulkan oleh hippocampus, ada hal lain yang berkaitan masalah ini. Manusia mempunyai dua macam memori, yakni memori semantik dan memori episodik. Memori semantik adalah ingatan yang singkat. Contohnya, seorang kanak-kanak akan ingat ia harus bilang "tolong" apabila meminta sesuatu, atau "terima kasih" apabila mendapat apa yang diinginkan. Sementara memori episodik merupakan kenangan yang lebih terperinci. Misalnya kita  yang sudah dewasa masih mengingat proses saat pertama kali masuk sekolah, atau kenangan di sekolah, dan lainnya. Kemungkinan pada masa kanak-kanak, memori semantik lebih penting daripada ingatan episodik. Menurut ahli psikologi Nora Newcombe dari Temple University, Philadelphia, ini yang disebut pemilihan kenangan. Memori episodik tak perlu rumit apabila anak baru mula belajar bagaimana cara kerja dunia. "Saya rasa tujuan utama dua tahun pertama adalah memperoleh pengetahuan semantik dan dari sudut pandang itu, memori episodik mungkin sebenarnya adalah gangguan," kata Newcombe.
Menarik, walau para penyelidik telah mengemukakan kesimpulan di atas, ada penemuan baru yang mengejutkan. Anak-anak ternyata dapat mengingat kenangan dari usia 18 bulan, namun melupakannya antara usia empat dan tujuh. Sebelumnya dianggap bahawa anak-anak di bawah usia empat tidak mempunyai keupayaan kognitif untuk mengenang masa-masa itu. Penyelidik di Memorial University of Newfoundland di Kanada mendapati bahawa anak-anak berumur empat bisa mengingat kenangan bayi. Carole Peterson, profesor psikologi yang melakukan kajian itu, mengatakan bahawa pasukannya mendapati bahawa anak-anak yang sangat muda mempunyai banyak kenangan ketika masih bayi.
Penyelidik mendapati bahawa mereka yang berusia antara empat dan tujuh ketika pertama kali temubual, tidak boleh mengingat kenangan awal mereka. bahkan ketika diberi petunjuk yang spesifik. Namun, satu pertiga kanak-kanak yang berusia antara 10 dan 13 tahun di awal kajian mengingat kembali kenangan yang sama pada kedua-dua titik masa. Hasil kajian itu menunjukkan kenangan berumur panjang dan padat terbentuk pada atau selepas usia 10 tahun, sebelum kenangan ini menjadi lebih terdedah dan pudar. Satu penjelasan yang memungkinkan adalah, anak-anak yang berusia sangat muda menyusun memori mereka dengan cara yang berbeza berbanding kanak-kanak yang lebih tua.

Saturday, 15 December 2012

KAJIAN LAPANGAN DI SEREMBAN - TUGASAN SKAD1273



1.0       PENGENALAN

Pada 11 Disember 2012, kami telah menjalankan satu kerja lapangan di Bandar Seremban. Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan. Seremban pada awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong. Seremban terletak dalam 30 kilometer ke darat. Ia terletak dalam lembah Sungai Linggi di kaki bukit Banjaran Titiwangsa.
Kami ke Bandar Seremban dengan menaiki komuter. Perjalanan kami ke Seremban bermula pada jam 9.15 pagi dari stesen komuter UKM dan tiba di Bandar Seremban pada jam 10.00 pagi. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira selama 45 minit sahaja.


( peta pusat Bandar Seremban )






1.1       NOD ( PERHENTIAN )


Sepanjang perjalanan kami ke Seremban, terdapat tujuh nod iaitu perhentian. Perhentian kami ialah di Bangi, Batang Benar, Nilai, Labu, Tiroi dan Seremban. Di sepanjang jalan hanya terdapat hutan, ladang kelapa sawit dan kebun pisang. Tetapi, di Nilai, kami melihat keadaannya sangat sesak kerana Nilai merupakan salah satu bandar yang terletak di Negeri Sembilan. Di Tiroi pula kami melihat terdapat kawasan perumahan dan kawasannya agak maju kerana mempunyai penduduk berbanding dengan kawasan perhentian yang lain yang hanya di penuhi hutan dan ladang kelapa sawit.

1.1              MERCU TANDA

( Mercu tanda ini terletak di persimpangan jalan di Bandar Seremban. )

    
Di Bandar Seremban iaitu di stesen komuter Seremban terdapat satu mercu tanda yang mencatatkan tarikh pembinaan stesen komuter Seremban. Stesen komuter Seremban di bina antara tahun 1904 dan 1910. Wang sebanyak RM 26 000 di peruntukkan untuk membina stesen komuter ini dan dilakukan perbaikan semula pada bulan Februari dan April 1994. Stesen ini memberikan perkhidmatan dari Utara ke Selatan.
            Selain itu, kami juga dapat melihat sebuah pasaraya besar yang berdiri gah berhadapan stesen komuter seremban ini. Pasaraya tersebut di beri nama Seremban Parade. Seremban Parade merupakan sebuah pusat membeli belah yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan kepada pengunjung bandar tersebut. Di sana juga terdapat tempat bermain bowling yang merupakan pusat tumpuan untuk para remaja.


2.0       HASIL KAJIAN
Semasa menjalankan kajian, kami dibahagikan kepada lapan kumpulan. Setiap kumpulan perlu mengkaji perniagaan yang terdapat di Bandar Seremban mengikut nama jalan. Kumpulan kami di tugaskan untuk mengkaji perniagaan yang terdapat di Jalan Dato’ abdul Rahman.



Kami telah mengkaji beberapa buah kedai yang terdapat di sekitar Jalan Dato’ Abdul Rahman. Antaranya ialah Bazaar MAINS, kedai jamu, kedai cermin dan bingkai, kedai kek dan biskut serta kedai makan. Berikut merupakan hasil daripada kajian dan soal selidik kami tentang perniagaan di sekitar Jalan Dato’ Abdul Rahman.

1.      Bazaar MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan)





Bazaar MAINS merupakan tempat perniagaan yang di khaskan untuk kaum bumiputera sahaja. MAINS merupakan singkatan bagi nama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Bazaar ini merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Menurut En. Mohd Yazid bin Musa iaitu Eksekutif Hartanah MAINS Holding Sdn Bhd, Bazaar MAINS ini dibina pada tahun 2005, Bazaar MAINS ini berperanan dalam menguruskan hartanah-hartanah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Bazaar MAINS menempatkan 60 unit lot kedai dan dibina dua tingkat. Harga sewaan satu lot kedai di tingkat atas dan tingkat bawah adalah berbeza iaitu RM 280 di tingkat bawah dan RM 250 di tingkat atas. Harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut tempat iaitu tingkat bawah harga sewaannya lebih mahal kerana strategik untuk mendapatkan pelanggan.

2.      Kedai Cermin


Kedai cermin dan bingkai Tan Brothers juga terletak di Jalan Dato’ Abdul Rahman. Kedai ini terletak berhadapan dengan Bazaar MAINS. Kedai ini merupakan salah satu kedai membuat cermin dan bingkai gambar. Menurut pemilik kedai, mereka mula menjalankan perniagaan sekitar tahun 1960 iaitu kira-kira 50 tahun lalu. Menurut beliau juga, perniagaan mereka tidak begitu maju kerana terdapat banyak persaingan dengan kedai-kedai lain yang juga menjalankan perniagaan yang sama dengan mereka di bandar tersebut.

3.      Kedai Chop Yan Tuck.



Kedai Chop Yank Tuck adalah sebuah kedai yang menjual ubat-ubatan herba sperti jamu dan lain-lain lagi. Kedai ini telah beroperasi selama 42 tahun iaitu bermula pada tahun 1970. Pemilik kedai ini memilih untuk menjalankan perniagaan di sini kerana mereka telah lama menetap di bandar Seremban. Menurut beliau lagi, pada ketika dahulu permintaan terhadap ubat-ubatan herba adalah sangat tinggi kerana orang tidak gemar ke klinik.


4.      Restoran number One Top Curry House



Restoran Number One Top Curry House menyediakan pelbagai jenis makanan yang berasaskan kuah kari. Pemilik kedai ini adalah dari kaum India. Ketika kami mengunjungi kedai ini, terdapat ramai pelanggan yang sedang menjamu selera termasuklah dari kaum Melayu. Selain menjual nasi yang dihidang dalam daun pisang atau piring, restoran ini juga ada menyediakan roti canai bersama kuah kacang dal.

5.      Wah Tung Sdn. Bhd.




Wah Tung Sdn.Bhd merupakan sebuah kedai yang menjalankan kegiatan perniagaan kek dan biskut. Kedai ini sudah lama menjalankan perniagaan iaitu bermula pada tahun 1973. Menurut pandangan pemilik kedai, ramai pelanggan yang datang ke kedai mereka. Pada mulanya mereka tidak berniat untuk menjalankan perniagaan tersebut secara besar-besaran, namun apabila mereka melihat akan sambutan orang ramai yang begitu memuaskan menyebabkan pemilik kedai tersebut membuat keputusan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.  

                                                           
3.0       KESIMPULAN
Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami jalankan di Jalan Dato’ Abdul Rahman di Bandar Seremban ini, kami dapati bahawa perniagaan yang di jalankan adalah maju dan di usahakan oleh pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India. Di jalan ini juga terdapat bangunan lama dan bangunan baru yang di bina khas untuk peniaga-peniaga. Antara contoh bangunan baru ialah Bazaar MAINS. MAINS mempunyai banyak cawangannya termasuklah bangunan KFC dan pusat menjual pakaian Khelass yang sedang dalam pembinaan. Tapak yang di gunakan untuk membuat pusat pakaian ini ialah bekas tapak panggung wayang lama yang di robohkan.


Walau bagaimanapun, MAINS tidak merobohkan semua bangunan lama yang ada di sana. Ada juga bangunan-bangunan lama yang di ubahsuai menjadi bangunan baru seperti Public Bank. Bangunan-bangunan yang telah lama di bina juga ada di kekalkan dan masih di gunakan oleh peniaga untuk menjalankan perniagaan mereka kerana struktur bangunannya masih kukuh.

                 
                        ( bangunan lama )               (bangunan baru )

Kesimpulannya, Jalan Dato’ Abdul Rahman sememangnya merupakan salah satu tempat yang maju di Bandar Seremban kerana terdapat pelbagai kegiatan perniagaan yang di jalankan. Selain itu, terdapat juga bangunan baru yang di bina di gantikan dengan bangunan-bangunan lama. Keadaan ini menunjukkan bahawa Bandar Seremban adalah satu bandar yang maju dan berkembang.

Saturday, 8 December 2012

Ledy Sofia - Isn't She Lovely Cover Free Download

Konichiwa minna saaaann...

it's a long time ago since the last non-assignment post. :D

well, i've been through a lot of things. i'm in my new faculty now and we're having our final exam in 3 weeks. weeew...

this post, i just wanna share my latest cover. i made it last month actually, and i think my blog is a bit lonely so i decided to re-share it here. here is my latest cover "Isn't She Lovely" by Stevie Wonder. but this one i copy from Clara C's cover.

You guys can download it from 4shared. click here to download



Well, it's my one and only success cover i've ever made. so, please comment anything about it. i really appreciate it if you do. i'll be a better singer if i got a lot of comment. I'll do my best to improve my skill. #eeaa

Peace out.. Have A Nice Day you oolllzzz..

Tuesday, 4 December 2012

Migrasi Penduduk Filipina - Tugasan SKAD1263


Pengenalan Migrasi

1.     Teori

Penghijrahan merupakan bahagian dari mobiliti penduduk. Mobiliti penduduk adalah perpindahan penduduk dari suatu daerah ke daerah lain. Mobiliti penduduk ada yang bersifat non-permanen (Sementara) Misalnya melancong, baik nasional maupun antarabangsa, dan ada pula mobiliti penduduk Permanen (menetap). Mobiliti penduduk Permanen disebut Penghijrahan. Penghijrahan adalah perpindahan penduduk dari suatu tempat ke tempat lain dengan melewati batas negara atau batas Administration dengan Objektif untuk menetap. Jika tidak melalui saluran yang sah terutama bagi penghijrah dari luar negara dipanggil pendatang haram ataupun penceroboh. Penghijrahan Boleh berlaku dari satu negara ke satu negara atau dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain dalam negara yang contohnya migrasi luar bandar ke bandar. Penghijrahan bertujuan untuk mempertingkatkan taraf ekonomi hidup untuk mendapatkan pekerjaan. Hal ini boleh dilihat pada penduduk Filipina yang merupakan sumber buruh tertinggi.

2.     Situasi

Kemasyhuran Filipina sebagai negara sumber pekerja tertinggi untuk pasaran buruh global telah mencipta kekaguman dan juga kekhawatiran. Dalam satu sisi, kehadiran penduduk Filipina di hampir semua negara-negara dan wilayah di seluruh dunia telah menunjukkan bukti permintaan untuk Filipina pekerja sangat besar. Pencapaian sasaran penempatan satu juta pekerja pada tahun 2006 (yang berterusan pada tahun 2007) bagai menjadi kebanggaan tersendiri bagi pegawai-pegawai kerajaan di negara ini. Sebaliknya, masyarakat di Filipina melihat fenomena ini sebagai ketidakupayaan kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan yang baik, memaksa orang untuk mencari prospek kehidupan yang lebih baik di tempat lain. Pandangan-pandangan ini lambang perdebatan atas pandangan penghijrahan buruh antarabangsa dan kesannya terhadap nasib masa kini dan masa depan negara. Walaupun bekerja di luar negara atau pergi ke luar negara telah menjadi hal yang biasa di Filipina (tanda yang kukuh bahawa sememangnya budaya penghijrahan telah berakar dalam masyarakat Filipina) Kebimbangan terhadap kos sosial penghijrahan menguasai dalam wacana awam.
       Penghijrahan internasional yang besar di Filipina adalah bukti sebenarnya banyak jenis kehidupan bangsa. Hampir 3.000 orang Filipina meninggalkan Filipina untuk pekerjaan ke luar negeri setiap harinya, orang Filipina yang berada di Filipina biasa mendengar berita tentang kemenangan dan kesengsaraan warga Filipina di bagian lain dunia. Mungkin tidak ada negara lain memberikan penduduk luar negeri mereka kehormatan dan pengakuan seperti halnya Filipina: 7 Jun adalah Hari Buruh Migran (event yang dibuat oleh kerajaan untuk memperingati bagian dari Pekerja Migran Luar Negeri dan Filipina dari tahun 1995), berikut Minggu pertama Ash Wednesday adalah Hari Migran Nasional (inisiatif dari Gereja Katolik), bulan Desember adalah bulan penduduk Filipina luar negeri (dipelopori oleh komisi Filipina di luar negeri), 18 Desember adalah Hari Migran internasional (inisiatif dari masyarakat sipil, sekarang global perayaan, yang dimulai di Filipina pada tahun 1997). Pemerintah menganggap pekerja luar negeri Filipina (Overseas Filipino Worker - OFW) sebagai bagong Bayani ("pahlawan baru") sebagai penghargaan atas pengorbanan yang mereka buat untuk mendukung keluarga mereka, dan dengan perpanjangan, perekonomian bangsa.

Punca-Punca Berlakunya Penghijrahan

Banyak punca yang menunjukkan migrasi di masa depan. Pertimbangan ekonomi terus mendorong niat migrasi dari Filipina. Tahun 2004 Sebuah studi keberangkatan buruh migran mencatat bahwa kurangnya kesempatan kerja, kerja yang tidak teratur dan upah rendah masih mendominasi alasan untuk migrasi, menunjukkan kegigihan faktor dorongan yang memaksa penduduk Filipina untuk melihat pada cara penduduk Filipina untuk bertahan hidup atau meningkatkan kondisi mereka (Asis, 2005).
Keluarga juga telah menjadi biasa dengan migrasi antarabangsa dan sangat responsif kepada prospek pasaran buruh global. Apabila ahli keluarga mula untuk berhijrah, ahli-ahli lain cenderung untuk mengambil langkah yang sama.Penghijrahan buruh, dengan itu, pada masa yang sama adalah proses ekonomi dan sosial. Bekerja di luar negara menjadi sebahagian strategi kehidupan keluarga (Porio, 2007), yang mana dapat dilakukan oleh aliran maklumat dan sokongan yang dilanjutkan oleh kumpulan awal ahli keluarga penghijrah pendatang kepada bakal. Dari sudut pandang rangkaian, 8.700.000 penduduk Filipina di luar negara mempunyai hubungan personal berjuta-juta penduduk filipina asli kepada dunia luar.
         Prospek Migrasi juga merupakan pengacuan aspirasi pendidikan dan kerja penduduk Filipina.bukti yang paling jelas dalam beberapa tahun kebelakangan ini populariti luar biasa kejururawatan.manakala kejururawatan telah sentiasa menjadi pilihan popular, lonjakan baru-baru ini adalah lebih besar dan motivasi utama nampaknya lebih berkaitan kepada peluang migrasi, yakni sebagai jururawat, mereka mempunyai peluang yang lebih baik yang bekerja di luar negara dan mereka boleh memohon ahli keluarga yang lain untuk menyertai mereka.
     Fenomena dokter yang belajar menjadi perawat tampaknya aneh di filipina. fakta bahwa ada program yang dirancang untuk dokter belajar menjadi perawat mencerminkan respon dari program pendidikan untuk tuntutan pasar tenaga kerja. karena popularitas program keperawatan telah menimbulkan pertanyaan tentang kualitas pelatihan dan telah melahirkan industri lain, menjamurnya pusat-pusat tinjauan keperawatan, untuk melatih lulusan yang kurnag matang untuk lulus ujian lisensi keperawatan. mereka yang lulus ujian menambah kelebihan pasokan perawat baru. Pola yang sama telah diamati di sektor pekerja laut, pekerjaan lain yang telah diidentifikasi sebagai ceruk Filipina. sekolah maritim berkembang, menghasilkan sejumlah besar pelaut, yang kemudian mengalami kesulitan menemukan penempatan. karena kelebihan produksi, Filipina memiliki kelebihan jumlah entry-level perawat dan pelaut, yang tidak dapat diserap oleh ekonomi lokal. pada saat yang sama, negara tidak memiliki perawat khusus dan petugas, yang sangat diminati domestik maupun internasional.
    Sebagai individu dan keluarga yang membuat rancangan tentang pendidikan dan kerja yang berdasarkan pekerjaan yang diperlukan di luar negara. terdapat bahaya bahawa keperluan pasaran buruh domestik akan dilupakan. jika dibiarkan. negara mungkin berakhir dengan penduduk berpendidikan tetapi menganggur kerana latihan atau kemahiran mereka tidak sepadan dengan keperluan pasaran buruh domestik. pada masa yang sama, negara akan kekurangan kemahiran tertentu dan akan sukar untuk memenuhi kemahiran kritikal untuk menyokong atau menggalakkan pembangunan.

Monday, 3 December 2012

Laluan Utama Kota Bengkalis - Tugasan SKAD1273




Kota Bengkalis merupakan sebuah pulau yang terdapat di tepian provinsi Riau, Sumatra. Bengkalis memiliki letak yang sangat strategis, berada di tepi alur pelayaran internasional, yang paling sibuk di dunia, yakni Selat Malaka serta berada pada kawasan segotoga pertumbuhan ekonomi Indonesia-Malaysia-Singapura.

Kota Bengkalis Keseluruhan

Laluan utama Bengkalis ialah pelabuhan Bandar Sri Laksamana. Bandar Sri Laksama ialah pelabuhan utama di Bengkalis dimana penduduk ataupun pengunjung singgah dan meninggalkan Bengkalis melalui laluan ini. Lokasinya yang langsung menuju ke pusat kota tidak hanya menjadikannya sekedar pelabuhan sahaja, tetapi juga menjadikannya sebagai tempat lepak bagi masyarakat kerana pelabuhan ini juga dilengkapi dengan taman dan tempat rekreasi.


"Pelabuhan Bandar Sri Laksamana"

Laluan utama lainnya ialah Lapangan Tugu dan Taman Andam Dewi. Lapangan tugu merupakan padang yang terletak tidak jauh dari pelabuhan Bandar Sri Laksamana. Lapangan Tugu ialah tempat pusat aktiviti masyarakat jika ada suatu event besar seperti hari kemerdekaan dan lain-lain. Sedangkan Taman Andam Dewi ialah sebuah taman dengan pohon-pohon yang rindang, air mancur dan tempat-tempat untuk berehat yang dilengkapi dengan WiFi lengkap dengan pedagang kaki lima yang menjual berbagai macam kuliner asli Bengkalis menjadikan Taman Andam Dewi tempat yang sangat populer untuk dikunjungi di Bengkalis. Letaknya pun berdekatan dengan Lapangan Tugu dan Pelabuhan.




Lapangan Tugu




Air Mancur Taman Andam Dewi

Pusat bandar Bengkalis berada di tepi laut bagian barat maka terdapat tiga tepian. Tepian sebelah timur ialah Kecamatan Bantan. Pembatas antara Bengkalis dan Bantan ialah sebuah Gerbang. Sebelah selatannya pula ialah Kecamatan Rimba Sekampung. Pembatasnya ialah sebuah ujung sungai yang mulut sungainya bertemu dengan laut. Sungai tersebut dipanggil Sungai Bengkel. Sungai Bengkel juga sering dijadikan lokasi event-event permainan tradisional. Seperti pertandingan memancing, pukul bantal, panjat pinang, dan lain-lain.


Sungai Bengkel, tepian Bengkalis selatan

Sebelah utara ialah Parit Bangkung, Pembatasnya terdapat didekat Masjid Istiqomah. Masjid Istiqomah merupakan masjid terbesar di Bengkalis yang juga menjadi pusat aktiviti agama seperti pengajian besar, sholat ied, dan lain-lain.




Masjid Istiqomah

Sedangkan tepian barat yang merupakan pusat kota ialah Turap, atau yang sekarang diperkenalkan sebagai Pantai Marina dan rata-rata penduduk lebih suka memanggil dengan sebutan Pasir. Turap ialah tepian pulau Bengkalis, dari sini boleh melihat matahari terbenam. Setiap tahun nya diadakan pacu jalur dan pertandingan memancing disini.



Turap, Pantai Marina




Kota Bengkalis Pusat