Lucky Charms Rainbow

Pages

Blogger Widgets
Showing posts with label utama. Show all posts
Showing posts with label utama. Show all posts

Saturday, 15 December 2012

KAJIAN LAPANGAN DI SEREMBAN - TUGASAN SKAD1273



1.0       PENGENALAN

Pada 11 Disember 2012, kami telah menjalankan satu kerja lapangan di Bandar Seremban. Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan. Seremban pada awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong. Seremban terletak dalam 30 kilometer ke darat. Ia terletak dalam lembah Sungai Linggi di kaki bukit Banjaran Titiwangsa.
Kami ke Bandar Seremban dengan menaiki komuter. Perjalanan kami ke Seremban bermula pada jam 9.15 pagi dari stesen komuter UKM dan tiba di Bandar Seremban pada jam 10.00 pagi. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira selama 45 minit sahaja.


( peta pusat Bandar Seremban )






1.1       NOD ( PERHENTIAN )


Sepanjang perjalanan kami ke Seremban, terdapat tujuh nod iaitu perhentian. Perhentian kami ialah di Bangi, Batang Benar, Nilai, Labu, Tiroi dan Seremban. Di sepanjang jalan hanya terdapat hutan, ladang kelapa sawit dan kebun pisang. Tetapi, di Nilai, kami melihat keadaannya sangat sesak kerana Nilai merupakan salah satu bandar yang terletak di Negeri Sembilan. Di Tiroi pula kami melihat terdapat kawasan perumahan dan kawasannya agak maju kerana mempunyai penduduk berbanding dengan kawasan perhentian yang lain yang hanya di penuhi hutan dan ladang kelapa sawit.

1.1              MERCU TANDA

( Mercu tanda ini terletak di persimpangan jalan di Bandar Seremban. )

    
Di Bandar Seremban iaitu di stesen komuter Seremban terdapat satu mercu tanda yang mencatatkan tarikh pembinaan stesen komuter Seremban. Stesen komuter Seremban di bina antara tahun 1904 dan 1910. Wang sebanyak RM 26 000 di peruntukkan untuk membina stesen komuter ini dan dilakukan perbaikan semula pada bulan Februari dan April 1994. Stesen ini memberikan perkhidmatan dari Utara ke Selatan.
            Selain itu, kami juga dapat melihat sebuah pasaraya besar yang berdiri gah berhadapan stesen komuter seremban ini. Pasaraya tersebut di beri nama Seremban Parade. Seremban Parade merupakan sebuah pusat membeli belah yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan kepada pengunjung bandar tersebut. Di sana juga terdapat tempat bermain bowling yang merupakan pusat tumpuan untuk para remaja.


2.0       HASIL KAJIAN
Semasa menjalankan kajian, kami dibahagikan kepada lapan kumpulan. Setiap kumpulan perlu mengkaji perniagaan yang terdapat di Bandar Seremban mengikut nama jalan. Kumpulan kami di tugaskan untuk mengkaji perniagaan yang terdapat di Jalan Dato’ abdul Rahman.



Kami telah mengkaji beberapa buah kedai yang terdapat di sekitar Jalan Dato’ Abdul Rahman. Antaranya ialah Bazaar MAINS, kedai jamu, kedai cermin dan bingkai, kedai kek dan biskut serta kedai makan. Berikut merupakan hasil daripada kajian dan soal selidik kami tentang perniagaan di sekitar Jalan Dato’ Abdul Rahman.

1.      Bazaar MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan)





Bazaar MAINS merupakan tempat perniagaan yang di khaskan untuk kaum bumiputera sahaja. MAINS merupakan singkatan bagi nama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Bazaar ini merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Menurut En. Mohd Yazid bin Musa iaitu Eksekutif Hartanah MAINS Holding Sdn Bhd, Bazaar MAINS ini dibina pada tahun 2005, Bazaar MAINS ini berperanan dalam menguruskan hartanah-hartanah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Bazaar MAINS menempatkan 60 unit lot kedai dan dibina dua tingkat. Harga sewaan satu lot kedai di tingkat atas dan tingkat bawah adalah berbeza iaitu RM 280 di tingkat bawah dan RM 250 di tingkat atas. Harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut tempat iaitu tingkat bawah harga sewaannya lebih mahal kerana strategik untuk mendapatkan pelanggan.

2.      Kedai Cermin


Kedai cermin dan bingkai Tan Brothers juga terletak di Jalan Dato’ Abdul Rahman. Kedai ini terletak berhadapan dengan Bazaar MAINS. Kedai ini merupakan salah satu kedai membuat cermin dan bingkai gambar. Menurut pemilik kedai, mereka mula menjalankan perniagaan sekitar tahun 1960 iaitu kira-kira 50 tahun lalu. Menurut beliau juga, perniagaan mereka tidak begitu maju kerana terdapat banyak persaingan dengan kedai-kedai lain yang juga menjalankan perniagaan yang sama dengan mereka di bandar tersebut.

3.      Kedai Chop Yan Tuck.



Kedai Chop Yank Tuck adalah sebuah kedai yang menjual ubat-ubatan herba sperti jamu dan lain-lain lagi. Kedai ini telah beroperasi selama 42 tahun iaitu bermula pada tahun 1970. Pemilik kedai ini memilih untuk menjalankan perniagaan di sini kerana mereka telah lama menetap di bandar Seremban. Menurut beliau lagi, pada ketika dahulu permintaan terhadap ubat-ubatan herba adalah sangat tinggi kerana orang tidak gemar ke klinik.


4.      Restoran number One Top Curry House



Restoran Number One Top Curry House menyediakan pelbagai jenis makanan yang berasaskan kuah kari. Pemilik kedai ini adalah dari kaum India. Ketika kami mengunjungi kedai ini, terdapat ramai pelanggan yang sedang menjamu selera termasuklah dari kaum Melayu. Selain menjual nasi yang dihidang dalam daun pisang atau piring, restoran ini juga ada menyediakan roti canai bersama kuah kacang dal.

5.      Wah Tung Sdn. Bhd.




Wah Tung Sdn.Bhd merupakan sebuah kedai yang menjalankan kegiatan perniagaan kek dan biskut. Kedai ini sudah lama menjalankan perniagaan iaitu bermula pada tahun 1973. Menurut pandangan pemilik kedai, ramai pelanggan yang datang ke kedai mereka. Pada mulanya mereka tidak berniat untuk menjalankan perniagaan tersebut secara besar-besaran, namun apabila mereka melihat akan sambutan orang ramai yang begitu memuaskan menyebabkan pemilik kedai tersebut membuat keputusan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.  

                                                           
3.0       KESIMPULAN
Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami jalankan di Jalan Dato’ Abdul Rahman di Bandar Seremban ini, kami dapati bahawa perniagaan yang di jalankan adalah maju dan di usahakan oleh pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India. Di jalan ini juga terdapat bangunan lama dan bangunan baru yang di bina khas untuk peniaga-peniaga. Antara contoh bangunan baru ialah Bazaar MAINS. MAINS mempunyai banyak cawangannya termasuklah bangunan KFC dan pusat menjual pakaian Khelass yang sedang dalam pembinaan. Tapak yang di gunakan untuk membuat pusat pakaian ini ialah bekas tapak panggung wayang lama yang di robohkan.


Walau bagaimanapun, MAINS tidak merobohkan semua bangunan lama yang ada di sana. Ada juga bangunan-bangunan lama yang di ubahsuai menjadi bangunan baru seperti Public Bank. Bangunan-bangunan yang telah lama di bina juga ada di kekalkan dan masih di gunakan oleh peniaga untuk menjalankan perniagaan mereka kerana struktur bangunannya masih kukuh.

                 
                        ( bangunan lama )               (bangunan baru )

Kesimpulannya, Jalan Dato’ Abdul Rahman sememangnya merupakan salah satu tempat yang maju di Bandar Seremban kerana terdapat pelbagai kegiatan perniagaan yang di jalankan. Selain itu, terdapat juga bangunan baru yang di bina di gantikan dengan bangunan-bangunan lama. Keadaan ini menunjukkan bahawa Bandar Seremban adalah satu bandar yang maju dan berkembang.

Monday, 3 December 2012

Laluan Utama Kota Bengkalis - Tugasan SKAD1273




Kota Bengkalis merupakan sebuah pulau yang terdapat di tepian provinsi Riau, Sumatra. Bengkalis memiliki letak yang sangat strategis, berada di tepi alur pelayaran internasional, yang paling sibuk di dunia, yakni Selat Malaka serta berada pada kawasan segotoga pertumbuhan ekonomi Indonesia-Malaysia-Singapura.

Kota Bengkalis Keseluruhan

Laluan utama Bengkalis ialah pelabuhan Bandar Sri Laksamana. Bandar Sri Laksama ialah pelabuhan utama di Bengkalis dimana penduduk ataupun pengunjung singgah dan meninggalkan Bengkalis melalui laluan ini. Lokasinya yang langsung menuju ke pusat kota tidak hanya menjadikannya sekedar pelabuhan sahaja, tetapi juga menjadikannya sebagai tempat lepak bagi masyarakat kerana pelabuhan ini juga dilengkapi dengan taman dan tempat rekreasi.


"Pelabuhan Bandar Sri Laksamana"

Laluan utama lainnya ialah Lapangan Tugu dan Taman Andam Dewi. Lapangan tugu merupakan padang yang terletak tidak jauh dari pelabuhan Bandar Sri Laksamana. Lapangan Tugu ialah tempat pusat aktiviti masyarakat jika ada suatu event besar seperti hari kemerdekaan dan lain-lain. Sedangkan Taman Andam Dewi ialah sebuah taman dengan pohon-pohon yang rindang, air mancur dan tempat-tempat untuk berehat yang dilengkapi dengan WiFi lengkap dengan pedagang kaki lima yang menjual berbagai macam kuliner asli Bengkalis menjadikan Taman Andam Dewi tempat yang sangat populer untuk dikunjungi di Bengkalis. Letaknya pun berdekatan dengan Lapangan Tugu dan Pelabuhan.




Lapangan Tugu




Air Mancur Taman Andam Dewi

Pusat bandar Bengkalis berada di tepi laut bagian barat maka terdapat tiga tepian. Tepian sebelah timur ialah Kecamatan Bantan. Pembatas antara Bengkalis dan Bantan ialah sebuah Gerbang. Sebelah selatannya pula ialah Kecamatan Rimba Sekampung. Pembatasnya ialah sebuah ujung sungai yang mulut sungainya bertemu dengan laut. Sungai tersebut dipanggil Sungai Bengkel. Sungai Bengkel juga sering dijadikan lokasi event-event permainan tradisional. Seperti pertandingan memancing, pukul bantal, panjat pinang, dan lain-lain.


Sungai Bengkel, tepian Bengkalis selatan

Sebelah utara ialah Parit Bangkung, Pembatasnya terdapat didekat Masjid Istiqomah. Masjid Istiqomah merupakan masjid terbesar di Bengkalis yang juga menjadi pusat aktiviti agama seperti pengajian besar, sholat ied, dan lain-lain.




Masjid Istiqomah

Sedangkan tepian barat yang merupakan pusat kota ialah Turap, atau yang sekarang diperkenalkan sebagai Pantai Marina dan rata-rata penduduk lebih suka memanggil dengan sebutan Pasir. Turap ialah tepian pulau Bengkalis, dari sini boleh melihat matahari terbenam. Setiap tahun nya diadakan pacu jalur dan pertandingan memancing disini.



Turap, Pantai Marina




Kota Bengkalis Pusat