Lucky Charms Rainbow

Pages

Blogger Widgets
Showing posts with label Nod. Show all posts
Showing posts with label Nod. Show all posts

Friday, 21 December 2012

NOD PERHENTIAN DARI BILIK KA12-304 KOLEJ KERIS MAS KE BILIK KULIAH FSSK - TUGASAN SKAD1273


Kolej Keris Mas atau lebih dikenal sebagai KKM ialah kolej yang terletak disisi sudut Universiti Kebangsaan Malaysia. Kolej Keris Mas merupakan Kolej terbesar di UKM. KKM Pempunyai 7 Blok kediaman siswa iaitu blok 8, 9, 10,11,12,13, dan 14. 2 blok untuk siswa lelaki (8 dan 9) dan 5 blok untuk siswa wanita (10, 11, 12, 13 , dan 14).


peta Kolej Keris Mas



Bilik kediaman saya ialah KA12-304 (blok 12 bilik 304). Blok 12 berlokasi setelah blok 10 dan 11, dan sebelum blok 14. Blok ini merupakan blok yang paling sering disinggahi oleh penghuni wanita blok-blok yang lain kerana di aras 3 blok ini terdapat sebuah kedai kecil yang menyediakan pelbagai macam keperluan mulai dari makanan ringan sampai sabun cuci. Bahkan kedai kecil yang sering dipanggil K-Mart ini menyediakan makanan berat seperti nasi lemak, nasi berlauk dan bermacam makanan berat lainnya. Hal ini menyebabkan K-Mart Blok 12 menjadi perhentian pertama saya jika ingin pergi menghadiri kelas untuk sekedar membeli air mineral atau roti untuk sarapan.




Kedai K-Mart Blok 12



Perhentian selanjutnya ialah bus stop Kolej Keris Mas. Terdapat 5 zon bas di UKM, iaitu Zon 2 (Kolej Pendeta Za’ba), Zon 3 (Kolej Keris Mas), Zon 4 (Kolej Luar UKM), Zon 6Z/K (Stesen Komuter UKM), dan Zon U (Fakulti Undang-Undang). Bus stop Kolej Keris Mas merupakan perhentian pertama bas Zon 3, 6K, dan U di UKM. Dan merupakan perhentian terakhir Zon 3.

Tampak Kolej Keris Mas dari depan bus stop Keris Mas




Saya biasa menunggu Bas Zon 3 untuk pergi kuliah. Bas Zon 3 berjalan setiap 30 minit sekali. Dan perhentian selanjutnya ialah Bus Stop Kolej Rahim Kajai. Dari Kolej Keris Mas ke Kolej Rahim Kajai berjarak kira-kira 1Km kerana bas Zon 3 bergerak melalui Danau UKM dan Puri Pujangga.


Tampak Kolej Rahim Kajai dari bus stop Kolej Rahim Kajai




Selepas melewati bas stop Kolej Rahim Kajai, Bas Zon 3 akan berjalan lurus terus menuju bas stop Kolej Dato’ Onn. Jarak dari bas stop Kolej Rahim Kajai ke Kolej Dato’ Onn sangat dekat. Biasanya hanya 2 minit perjalanan bas.

Tampak Kolej Dato’ Onn dari bas stop Dato’ Onn




Selepas singgah dari bas stop Kolej Dato’ Onn bas Zon 3 akan terus sampai ke bas stop Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan. Bas stop FSSK merupakan perhentian terakhir saya untuk menuju kelas.


 

Tampak FSSK dari Bus stop FSSK

Saturday, 15 December 2012

KAJIAN LAPANGAN DI SEREMBAN - TUGASAN SKAD1273



1.0       PENGENALAN

Pada 11 Disember 2012, kami telah menjalankan satu kerja lapangan di Bandar Seremban. Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan. Seremban pada awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong. Seremban terletak dalam 30 kilometer ke darat. Ia terletak dalam lembah Sungai Linggi di kaki bukit Banjaran Titiwangsa.
Kami ke Bandar Seremban dengan menaiki komuter. Perjalanan kami ke Seremban bermula pada jam 9.15 pagi dari stesen komuter UKM dan tiba di Bandar Seremban pada jam 10.00 pagi. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira selama 45 minit sahaja.


( peta pusat Bandar Seremban )






1.1       NOD ( PERHENTIAN )


Sepanjang perjalanan kami ke Seremban, terdapat tujuh nod iaitu perhentian. Perhentian kami ialah di Bangi, Batang Benar, Nilai, Labu, Tiroi dan Seremban. Di sepanjang jalan hanya terdapat hutan, ladang kelapa sawit dan kebun pisang. Tetapi, di Nilai, kami melihat keadaannya sangat sesak kerana Nilai merupakan salah satu bandar yang terletak di Negeri Sembilan. Di Tiroi pula kami melihat terdapat kawasan perumahan dan kawasannya agak maju kerana mempunyai penduduk berbanding dengan kawasan perhentian yang lain yang hanya di penuhi hutan dan ladang kelapa sawit.

1.1              MERCU TANDA

( Mercu tanda ini terletak di persimpangan jalan di Bandar Seremban. )

    
Di Bandar Seremban iaitu di stesen komuter Seremban terdapat satu mercu tanda yang mencatatkan tarikh pembinaan stesen komuter Seremban. Stesen komuter Seremban di bina antara tahun 1904 dan 1910. Wang sebanyak RM 26 000 di peruntukkan untuk membina stesen komuter ini dan dilakukan perbaikan semula pada bulan Februari dan April 1994. Stesen ini memberikan perkhidmatan dari Utara ke Selatan.
            Selain itu, kami juga dapat melihat sebuah pasaraya besar yang berdiri gah berhadapan stesen komuter seremban ini. Pasaraya tersebut di beri nama Seremban Parade. Seremban Parade merupakan sebuah pusat membeli belah yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan kepada pengunjung bandar tersebut. Di sana juga terdapat tempat bermain bowling yang merupakan pusat tumpuan untuk para remaja.


2.0       HASIL KAJIAN
Semasa menjalankan kajian, kami dibahagikan kepada lapan kumpulan. Setiap kumpulan perlu mengkaji perniagaan yang terdapat di Bandar Seremban mengikut nama jalan. Kumpulan kami di tugaskan untuk mengkaji perniagaan yang terdapat di Jalan Dato’ abdul Rahman.



Kami telah mengkaji beberapa buah kedai yang terdapat di sekitar Jalan Dato’ Abdul Rahman. Antaranya ialah Bazaar MAINS, kedai jamu, kedai cermin dan bingkai, kedai kek dan biskut serta kedai makan. Berikut merupakan hasil daripada kajian dan soal selidik kami tentang perniagaan di sekitar Jalan Dato’ Abdul Rahman.

1.      Bazaar MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan)





Bazaar MAINS merupakan tempat perniagaan yang di khaskan untuk kaum bumiputera sahaja. MAINS merupakan singkatan bagi nama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Bazaar ini merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Menurut En. Mohd Yazid bin Musa iaitu Eksekutif Hartanah MAINS Holding Sdn Bhd, Bazaar MAINS ini dibina pada tahun 2005, Bazaar MAINS ini berperanan dalam menguruskan hartanah-hartanah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Bazaar MAINS menempatkan 60 unit lot kedai dan dibina dua tingkat. Harga sewaan satu lot kedai di tingkat atas dan tingkat bawah adalah berbeza iaitu RM 280 di tingkat bawah dan RM 250 di tingkat atas. Harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut tempat iaitu tingkat bawah harga sewaannya lebih mahal kerana strategik untuk mendapatkan pelanggan.

2.      Kedai Cermin


Kedai cermin dan bingkai Tan Brothers juga terletak di Jalan Dato’ Abdul Rahman. Kedai ini terletak berhadapan dengan Bazaar MAINS. Kedai ini merupakan salah satu kedai membuat cermin dan bingkai gambar. Menurut pemilik kedai, mereka mula menjalankan perniagaan sekitar tahun 1960 iaitu kira-kira 50 tahun lalu. Menurut beliau juga, perniagaan mereka tidak begitu maju kerana terdapat banyak persaingan dengan kedai-kedai lain yang juga menjalankan perniagaan yang sama dengan mereka di bandar tersebut.

3.      Kedai Chop Yan Tuck.



Kedai Chop Yank Tuck adalah sebuah kedai yang menjual ubat-ubatan herba sperti jamu dan lain-lain lagi. Kedai ini telah beroperasi selama 42 tahun iaitu bermula pada tahun 1970. Pemilik kedai ini memilih untuk menjalankan perniagaan di sini kerana mereka telah lama menetap di bandar Seremban. Menurut beliau lagi, pada ketika dahulu permintaan terhadap ubat-ubatan herba adalah sangat tinggi kerana orang tidak gemar ke klinik.


4.      Restoran number One Top Curry House



Restoran Number One Top Curry House menyediakan pelbagai jenis makanan yang berasaskan kuah kari. Pemilik kedai ini adalah dari kaum India. Ketika kami mengunjungi kedai ini, terdapat ramai pelanggan yang sedang menjamu selera termasuklah dari kaum Melayu. Selain menjual nasi yang dihidang dalam daun pisang atau piring, restoran ini juga ada menyediakan roti canai bersama kuah kacang dal.

5.      Wah Tung Sdn. Bhd.




Wah Tung Sdn.Bhd merupakan sebuah kedai yang menjalankan kegiatan perniagaan kek dan biskut. Kedai ini sudah lama menjalankan perniagaan iaitu bermula pada tahun 1973. Menurut pandangan pemilik kedai, ramai pelanggan yang datang ke kedai mereka. Pada mulanya mereka tidak berniat untuk menjalankan perniagaan tersebut secara besar-besaran, namun apabila mereka melihat akan sambutan orang ramai yang begitu memuaskan menyebabkan pemilik kedai tersebut membuat keputusan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.  

                                                           
3.0       KESIMPULAN
Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami jalankan di Jalan Dato’ Abdul Rahman di Bandar Seremban ini, kami dapati bahawa perniagaan yang di jalankan adalah maju dan di usahakan oleh pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India. Di jalan ini juga terdapat bangunan lama dan bangunan baru yang di bina khas untuk peniaga-peniaga. Antara contoh bangunan baru ialah Bazaar MAINS. MAINS mempunyai banyak cawangannya termasuklah bangunan KFC dan pusat menjual pakaian Khelass yang sedang dalam pembinaan. Tapak yang di gunakan untuk membuat pusat pakaian ini ialah bekas tapak panggung wayang lama yang di robohkan.


Walau bagaimanapun, MAINS tidak merobohkan semua bangunan lama yang ada di sana. Ada juga bangunan-bangunan lama yang di ubahsuai menjadi bangunan baru seperti Public Bank. Bangunan-bangunan yang telah lama di bina juga ada di kekalkan dan masih di gunakan oleh peniaga untuk menjalankan perniagaan mereka kerana struktur bangunannya masih kukuh.

                 
                        ( bangunan lama )               (bangunan baru )

Kesimpulannya, Jalan Dato’ Abdul Rahman sememangnya merupakan salah satu tempat yang maju di Bandar Seremban kerana terdapat pelbagai kegiatan perniagaan yang di jalankan. Selain itu, terdapat juga bangunan baru yang di bina di gantikan dengan bangunan-bangunan lama. Keadaan ini menunjukkan bahawa Bandar Seremban adalah satu bandar yang maju dan berkembang.